Saturday, April 11, 2009

shhhhhh !!!! jangan tegur

pada asalnya aku nak tengok fast n furious 4, tapi sebab tinggal seat 3 dari depan,so aku taknak tengok dalam keadaan yang tak selesa so aku decide nak tengok "jangan tegur" since talentime takde semalam. so biler masuk jek panggung, citer pun dah start. penuh gak la panggung, tak macam cerita sblm nie, maybe sebab cerita baru ataupun cerita tu memang best. aku cakap kt yus "harap2 tak mengecewakan macam cerita "rasukan ablasa". harapan dan tekaan aku betul. memang tak mengecewakan langsung. :P

berbanding filem "rasukan ablasa", karya pierre andre kali ini patut diberi pujian kerana berjaya menghasilkan satu filem seram yang tak bosan dan tak rugi pegi tengok.
walaupun dalam wayang,orang gelak ketawa sebabkan arwah opah baizura main nyorok2 dan suke terkejutkan penonton,tapi aku tetap enjoy dan puas hati tengok filem nie.congrats to pierre andre.
walaupun jalan cerita nya agak slow sedikit namun effect hantu dan latar bunyinya dah cukup menyeramkan dan best.hantu dia pun tak la mengarut macam cerita yang aku tengok sebelum nie. cerita pasal pelakon-pelakon dia, memang ok.pandai pengarah pilih pelakon yang best macam ellie suriati, kaza, nadia mustafar dan pelakon2 lain yang mantap dan berjaya bawak watak masing-masing. almy nadia pun ok berbanding dia berlakon dalam "rasukan ablasa".

so kepada yang suker tengok cerita seram melayu, cerita nie patut ditonton dan ia tak akan mengecewakan anda semua.percayalahhhhh !!!.hihi

1 comment:

ThE HeLLo DistRibutioN said...

ye ye...saya pon da p tgk..mlm pulak tuh..mmg seram abez..