Wednesday, November 18, 2009

Tuesday, November 10, 2009

kerja sampai tengah malam

dah lama aku tak menjenguk ke blog aku samaada untuk melihat mahupun untuk mempost aper2 entry.kerja di ofis semakin hari semakin menimbun banyaknya. tak kira la ada yang aku buat-buat sibuk atau kerja yang boss bg kat aku atau bos-bos lain bagi kat aku. benda yang aku nak cerita kali ini adalah pengalaman aku sepanjang bekerja di shahputra. dah dua hari berturut-turut aku dan boss boss yang lain stay up sampai malam untuk siapkan documentation untuk dibawak ke teesside dan queens university, uk. semalam stay up sampai pukul 2 baru balik. ni la antara gambaran yang sempat dirakam oleh boss aku dan aku. terima kasih pada en ismadi yang bawak camera sony alpha dia sekali, paling kurang tak la bosan sangat...

wajah-wajah di petang hari

wajah di malam hari

apabila sibuk bekerja

Tuesday, October 27, 2009

Bajet 2010 1Malaysia

sekadar gambar hiasan
(ketika program visual 1malaysia di ofis aku)

Bajet 2010 sudah pun dibentangkan. Namun dah jadi kebiasaan bukan semua orang puas hati.
pasal RM50 kad kredit pun nak jadi isu, sedangkan orang kredit kad punyerlah buat promosi giler-giler sampai kejar-kejar orang kt dalam shopping complex bagi free gift kereta control. org tetap guner kad kredit. walaubagaimanapun setelah daripada apa yang dibentangkan oleh perdana menteri kita rasanya bajet kali ini memang memberi faedah kepada semua kaum daripada petani hinggalah kepada mereka yang makan gaji termasuk aku. itulah semangat 1malaysia yang dilaungkan.

Tuesday, October 6, 2009

riang ria raya

dah lama aku tak update blog aku dengan entry. sejak sebelum bulan puasa. lepas raya nie aku akan kembali ber blogging..bertemu kembali di hari lain

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

sekiranya terkasar bahasa,terguris hati sesiapa,termakan terminum..halalkan makan minum.semoga berbahagia di hari raya.selamat balik ke kampung halaman,selamat balik lepas raya.hati-hati ketika memandu. kalau ngantok,sila2 kan diri anda untuk berenti dan berehat.

Thursday, August 20, 2009

ohh bulan....

rabu lepas, yuna dan band nyer datang ke shahputra untuk buat persembahan sempena aktiviti pelajar mass comm uitm-ksp part 1. biasalah, nama pun mass comm kan, kalau bab2 event yang melibatkan artis,memang laju jek.hehe..aper2 pun yuna memang best. lagu yang paling best adalah rocket...yuna nyanyi 5 lagu pada majlis tersebut..

Tuesday, August 18, 2009

buaya batu

Bulan lepas, selama aku kat kuantan, first time aku makan kat crocodile rock. tempat ni adalah restoran yang menghidangkan makanan barat yang memang best. tempat dia sangat cantik dan sesuai kalau nak buat anniversary dinner ke, birthday party bersama kawan-kawan ke. so aku pun pergi dengan lin dan adiknya ain. kebetulan kitorang pegi malam jumaat, so ada live band.harga pun boleh tahan, sama jer kalau makan di secret recipe...

aku dan ain

live band

strawberry freeze

sunset pizza

chicken grill with mushroom sauce

selepas makan with lin

Wednesday, August 12, 2009

blog kawin mawin

salam,

kepada rakan-rakan dan sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan saya dalam photography, terutamanya wedding dan engagement, kini anda boleh menjenguk ke blog ke-2 saya.

ada masa jenguklah yer...sekian,terima kasih.

www.ridzwanahmad.wordpress.com

Thursday, July 30, 2009

biler orang susah jadi lagi susah...

semenjak kebelakangan nie kenapa iklan sekarang macam entah aper2. untuk bagi gambaran, ni ada satu contoh iklan yang betul2 menjengkelkan aku;

"pah, ni lah rumah kiter dulu."

"Dulu kami orang susah"

tiber-tiber sorotan video cam tunjuk kereta mewah mercedes 7series ke bmw ke, dan rumah banglo yang besar dan siap ada gazebo yang cantik-cantik dalam kawasan rumah. lepas tu anak2 pakai smart2 duduk kat sofa yang sangat eksklusif dan barang perhiasaan kaca pun tak tau beli dari mana. ditayangkan secara terang-terangan.

kemudian keluar la ayat

saya pun dulu orang susah,kerja kampung. anda bila lagi ???

"Jom join KAMI"

saper yang dalam hidup ni mula dengan hidup senang atau mewah. semuanya mula dari bawah dan semua merasa hidup susah. tipula kalau mulerkan hidup dah kaya raya yang amat sangat.

apa semua nie? benda2 macam ni akan berikan keuntungan yang sekaligus ke.? tak mustahil sebelum dapat aper yang ditayangkan dalam iklan tu, mestilah hutang keliling pinggang.menyusahkan hidup orang dan kalau betul benda ni terjadi ape yang kiter patut buat?

orang yang dah ada di atas, mendapat kesenangan dari kerja keras orang bawah. orang bawah nak dapat untung macam orang atas kena cari orang yang kerjanya kena serve orang tengah macam kuli. last2 saper yang unutng ?

renung-renungkan dan selamat beramal....

Monday, July 27, 2009

kisah gula-gula getah di kedai amoi

kisah yang aku nak citer nie terjadi kt ofismate aku daus. sebelum nak gi lunch dia tanyer aku :

daus : en wan,kiter nak makan mana hari nie?
wan : jom makan kt bandar.
daus : takleh,boss aku ada hari nie.
wan : klu mcm tu, kiter makan kt era gemilang la..
daus : haa ok gak..dah lama x makan kt era gemilang cemerlang dan terbilang.

so aku dan daus pun jalan kaki menuju ke restoran era gemilang. lepas makan kami pun jalan balik.biler lalu kat kedai2 yg biasa kitorang lalu, aku macam rasa nak beli gula-gula. jadi aku singgahla kat kedai amoi yg daus suker tu.

so aku ambk la gula2 sour+ 5 biji dan clorets. semua sekali beharga rm2.00. aku bayar kt amoit tu.then daus nak beli chewing gum. so dia tanyer la amoi tu.

daus : amoi ada chewing gum tak ?
amoi : ada,nak yang macam mane?
daus : nak beli chewing gum la. ada macam2 ke?
amoi: nak yang biji-biji ke? kalau biji cam ni maa. kalau nak batang-batang cam ni maa.
daus: ada chewing gum yang batang-batang ke?

amoi tu pun pergi ke rak makanan dan tunjuk kat daus macam mana rupe chewing gum batang-batang.

aku punyerlaa nak gelak kt kedai amoi tu tapi tahan la sebab ramai gak la orang kt kedai dia.
itulah kisah lawak jenaka yang aku nak citer. bila balik ofis aku teringat kat lawak yang amoi tu buat.agaknya amoi tu pun tak perasan ape yang dia cakap.hehehe.

nielah gula2 getah batang yang diperkatakan oleh amoi tu

dan ini gula2 getah biji-biji

Sunday, July 26, 2009

No entry

Apa tujuan blog sebenarnya ? sebagai satu medium untuk mengembangkan bisnes ? sebagai satu platform untuk jadi seorang penulis? sekadar hobi ? atau untuk mengekspresikan pendapat pada seseorang atau sesuatu ?

aku tau aper tujuan aku biler muler2 aku buat blog nie :
1) cukupkan requirement subjek pr counselling masa aku belajar dulu.
2)untuk kongsi gambar-gambar yang aku ambik dengan bloggers di luar sana.

tapi kenapa kebelakangan nie aku macam malas nak update blog ni. klu ikutkan, memang aku dah ada satu blog untuk pic wedding. tapi belum run pun lagi sebab masih dalam pembikinan.
takperla, yang penting LIFE MUST GO ON.aper yang kiter buat mesti ada sebab dan kiter terima seadanya samaada baik atau buruk. bak org putih cakap " there are pros an cons".

macam budak ni, dengan gigih dia menjual minyak attar untuk cari duit lebih. so sekarang di samping makan gaji. aku teruskan life aku dengan photographer. sekarang dah ramai photographer, nak kata compete takla sebab masing2 ada style tersendiri. terserah kat client nak macam mana. klu ada rezeki, x kemana pun.harap aku berjaya dlm hidup aku melalui photography.

Wednesday, July 8, 2009

Mari bersukan

4-5 julai lalu,warga ofis aku dan warga kewangan MARA yang luluskan loan student telah bertemu dan sama-sama mengeluarkan peluh dan menghabiskan tenaga dan masa untuk bersukan. tujuan nya adalah untuk mengeratkan sillaturrahim sesama mereka. oleh kerana fotographer ofis aku demam, jadi aku turun padang jadi official fotographer. 1st time join karnival macam nie, memang seronok. tengok gelagat orang yang bersukan.ada yang memang selalu bersukan, tak jadi masalah bagi diorang, pada yang jarang bersukan, akibatnya sakit-sakit badan dan kaki.

bola tampar

gelagat pemain bola tampar : siap sempat berposing walaupun masa game

badminton

futsal

pingpong

sepak takraw

sebelum sukaneka muler,adalah hamba Allah ni datang awal daripada semua peserta. tengah dia lari-lari nak menuju ke tapak permainan,terlekatlah dekat jaring gol.kesian pulak..muler2 tersekat kaki jer,biler dia dah gelabah dia pusing punya pusing terlekat pulak kepala.sampai kena panggil BOMBA untuk keluarkan dia.

selepas anjing tu dah selamat, maka sukaneka pun mula. cadangan awal nak main boling,tapi sebab tak dapat nak book,jadi tukar dengan sukan tradisional. tersangatlah best sebab sukan tradisional kan. macam galah panjang, lari ikat kaki,lari dalam guni.macam-macam gelagat lah.

lari ikat kaki

galah panjang

boling kelapa