Salam,
Dah berkurun lamanya tak menulis blog nie dan me-review filem-filem yang ditonton di wayang dan dah lama jugak tak tengok wayang. jadi minggu lepas aku bersama kawan-kawan pergi menonton khurafat di TGV bukit raja. selepas mendegar bisikan-bisikan dan cerita daripada rakan-rakan yang dah menonton cerita ni, menguatkan lagi semangat utk tonton "khurafat".ia adalah cerita seram melayu yang pertama aku tengok bagi tahun 2011.
Tak lari dari genre cerita seram melayu, jalan ceritanya agak sama dengan jangan pandang belakang, jangan tegur, histeria dan sebagainya. dan ada kalanya cerita melayu nie, dah boleh agak, macam mana ending nya, dan kadang-kadang bila dah abis movie, rasa macam "alahai membazir nye tiket berharga rm11"..dan macam-macam perasaan yang tak best.
Pada sesiapa yang dah tengok cerita nie, mungkin pendapat penonton ada yang berfikiran sama dengan saya ataupun berbeza. itu ikut tukang review la ekkk..
dalam cerita "khurafat" nie, jalan cerita dia agak menarik dan banyak bermain dengan emosi dan khayalan. mungkin ini cara syamsul yusof nak menarik perhatian penonton..tapi pernahkah anda terpikir tentang perkara2 yang berlaku dalam cerita tue antaranya sewaktu scene :
- makcik cleaner yang tiba2 muncul yang agak menakutkan ?
- Anna yang tak sudah2 nak kapel balik dengan johan sampai suruh aishah undur diri ?
- johan yang nak dukung mayat anna dan bukannya kawan dia yg driver van tu ?
jadi, selepas menonton filem nie, dapatlah jawapan bagi setiap persoalan yang timbul. dialog bagi keseluruhan filem ni ok. masih boleh dikategori sebagai natural dan real. terutama dialog johan dan rakannya di hospital.
dari segi lakonan, semua pelakon takde menunjukkan lakonan yang orang dalam panggung akan menyampah dan keluar panggung...cumer watak aishah kurang sesuai untuk jadi isteri kepada johan...walau apa pun, tahniah kepada liyana jasmay kerana berjaya menhidupkan watak yang dipegang.
watak syamsul yusof boleh dikatakan ok tapi ada masa dia agak keras dan lakonan nya membawakan watak johan agak mendatar. watak anna bersesuaian dengan cara lakonan dalam cerita itu, mungkin disebabkan dah terkena santauan pak aziz dan hantunya yang menyerupai muka anna dan sering mengacau aishah dan johan.
walauapa pun, kesimpulannya cerita "khurafat" boleh dikatakan seronok untuk ditonton. penggunaan muzik yang kuat untuk beri kejutan adalah ok. ada beberapa scene yang tidak menggunakan muzik dan tiba-tiba hantu anna muncul di hadapan muka. itulah scene yang paling seram.
1 comment:
predictable storyline..
but overall ok la..
Post a Comment