Monday, January 19, 2009

Perlukah kita BOIKOT ???

Perlukah kita memboikot produk yang dikatakan menyumbang kepada Rejim zionis Israel?

Adakah profit daripada barangan yang diboikot betul betul dapat membantutkan kewangan yang membiayi kekejaman Israel?

Bagaimanakah nasib umat islam yang bekerja dengan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan produk yang disebut, contohnya Carrefour, McD, Lancome, Nestle?

Menurut pandangan aku, aku tidak pasti samaada wang yang kita belanjakan membeli barang barang yang diboikot betul betul menyumbang 100% ke Israel Laknatullah.

Perkataan HIPOKRIT aku cukup tak suka dan aku pun tak mahu orang panggil aku HIPOKRIT. Ini sebab ada antara barangan yang diboikot seperti, air gas coke,pepsi dan sprite yang aku minum. Kawan aku cakap minum air masak jek. Baik untuk kesihatan. Betul jugak kan. Lagi memboyotkan perut aku adalah kalau selalu minum air gas.HAHAHA. MC’d dan Ambi pur yang sering mewangikan bilik aku, dan barangan yang lain yang aku belum jumpa barangan alternatif.

Sebagai umat Islam kita patut cuba membantu apa yang mampu kita lakukan untuk memboikot. Jika kita dah pakai barangan tu, contoh PC intel dan Handphone Nokia, tak perlu la nak buang n tak guner langsung. Pandai-pandailah ikut kemampuan kita. Kalau dapat bonus dan ada simpan duit yang banyak mari ramai ramai beli PC dan handphone baru. kalau nak beli fon baru, cariklah jenama lain. Seperti yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir, jika mahu boikot, kita kena sacrifice kehendak kita. Carilah alternative lain untuk membeli barang keperluan. Contoh macam Johnson & Johnson yang kita selalu beli untuk anak kita, carilah alternative lain di pasaran macam pureen ke, anakku ke. Perfume Hugo Boss, Giorgio Armani,DKNY boleh la diganti dengan pelbagai jenama yang bersepah di pasaran.

Tapi benda yang paling mudah dan patut semua buat, ialah untuk berdoa untuk mereka di sana, dan juga membaca Qunut Nazilah.


Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu ke atas mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan Yang Maha Penghukun
Wahai Tuhan yang bersifat murka
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.
Doa qunut Nazilah dibaca ketika musibah atau kesulitan menimpa kaum Muslimin, seperti peperangan, terbunuhnya kaum Muslimin atau diserangnya kaum Muslimin oleh orang-orang kafir.Sila klik pada gambar untuk membaca dengan lebih lanjut. Harap sudikan menjawab soalan poll dan berikan pendapat anda tentang isu boikot.
Terima kasih

2 comments:

Hanim Hani said...

yupp i agreelah...mmg i takbuang hdphone i tp pepandailah nak boikotkan?
if before this i pakai makeup l'oreal or cliniqueke, after this i try tukarlah...beli makeup brand lainker...kan? huhu

May Allah bless all the Palestinians. amin

RIDZWAN AHMAD said...

yerp..we as muslims must sacrifice to help our brothers n sisters in palestin.May Allah bless them.Amin.