Monday, August 11, 2008

Jom Carifoto


u guys can download this form for FREE !!!

Jom CariFoto!
Wah! Uniknya Taman Pertanian Kita!

Pertandingan fotografi amatur terbuka.
Tarikh : 16 Ogos 2008
Tempat : Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam.
Waktu : 7.30 pagi (pendaftaran bermula)
Tema : Keunikkan Taman Pertanian Shah Alam
Yuran Pendaftaran : RM 50



Terms & Condition

  • Pertandingan individu.
  • Peserta tidak dibenarkan untuk menggunakan khidmat individu lain.
  • Penyertaan terbuka kepada orang awam dan jurugambar amatur berusia 15 tahun ke atas.
  • Jurugambar professional tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan.
  • Peserta di bawah 18 tahun hendaklah mendapatkan kelulusan ibu bapa atau penjaga sebelum menyertai pertandingan.
  • Yuran penyertaan sebanyak RM50 dikenakan kepada setiap peserta.
  • Penyertaan terhad kepada 200 penyertaan sahaja. 20 penyertaan terawal (beserta yuran penyertaan) akan menerima hadiah misteri.
  • Borang penyertaan boleh di dapati di pejabat Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM atau Pejabat Taman Pertanian Shah Alam atau melalui muat turun website kelab http://www.u-vue.co.cc/
  • Bayaran yuran penyertaan perlu di buat melalui :
    Pembayaran
    tunai di pejabat Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, atau pejabat Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Pembayaran tunai boleh dibuat semasa hari pendaftaran.
  • Peserta di kehendaki mengambil gambar yang dapat menceritakan tentang keunikkan Taman Pertanian, Bukit Cahaya Seri Alam.
  • Setiap peserta di beri masa selama 4 jam, bermula pada jam 9 pagi sehingga 1 petang untuk mengambil gambar di dalam Taman Pertanian, Bukit Cahaya Seri Alam pada 16 Ogos 2008.
  • Penyerahan gambar sebelum atau selepas waktu dan tarikh pertandingan tidak akan diterima dan dinilai.
  • Setiap peserta wajib menyerahkan 3 keping gambar terbaik dalam bentuk soft copy(pilihan sendiri) di akhir pertandingan . (Gambar akan dimuat turun ke dalam komputer penganjur).
  • Setiap peserta perlu menggunakan kamera peribadi digital sahaja. Pihak penganjur tidak akan menyediakan kamera untuk kegunaan peserta.
  • Peserta hendaklah menyerahkan gambar asal tanpa sebarang pengubahsuaian. Gambar tidak boleh diedit atau diubah suai menggunakan sebarang perisian komputer.
  • Setiap gambar akan dinilai berdasarkan kreativiti, teknik pengambilan foto, dan nilai estetika gambar yang berkaitan dengan tema.
  • Peserta hendaklah mengosongkan ‘memory card’ atau ‘CF card’ yang ingin digunakan pada hari pertandingan.
  • Makan tengahari akan disediakan untuk peserta.
  • Bayaran masuk ke Taman Pertanian adalah percuma.
  • Peserta hanya dibenarkan menggunakan ‘shuttle bus’ (disediakan) atau berjalan kaki, atau berbasikal (atas tanggungan sendiri) sepanjang pencarian foto di Taman Pertanian, Bukit Cahaya Seri Alam nanti.
  • Peserta tidak dibenarkan menunggang motosikal atau berkereta.
  • Peserta tidak dibenarkan membawa masuk komputer riba semasa pertandingan.
  • Pihak penganjur dan Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam tidak akan bertanggungjawab atas sebarangan kemalangan atau kecelakaan peserta, dan kehilangan barangan peribadi peserta sepanjang pertandingan dijalankan.

PENTING !!!

Sila hantar nama, no. telefon, alamat, no. kad pengenalan, dan email ke uvue.uitm@gmail.com atau photohunt_bktcherakah@yahoo.com






No comments: